Bumi Datar

 Forgot password?
 register
Search
View: 1913|Reply: 1

Contoh-contoh aplikasi yang menggunakan konsep ketumpatan

[Copy link]

520

Threads

530

Posts

4575

Credits

admin

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Credits
4575
Post time 2018-12-13 21:22:49 | Show all posts |Read mode
org2 yg percaya bumi bola , sgt2 benci konsep ketumpatan ini .


mereka hanya tahu satu cerita shj , gravity bumi tarik segala2 benda ke pusat bumi .

itu shj mereka tahu . adakah kamu seorg dari mereka ?  






guna ilmu sains musnahkan ilmu sains modern



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

copy n paste dari sini

ilmu sains tingkatan 1

Contoh-contoh aplikasi yang menggunakan konsep ketumpatan

Belon udara panas
Sesebuah belon udara panas beroperasi dengan cara mengawal ketumpatan udara di dalam belon.
Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah meningkat. Ini disebabkan oleh isipadu udara bertambah (jisim udara tidak berubah).
Oleh itu, untuk membolehkan belon terapung dengan lebih tinggi di udara, suhu udara di dalam belon perlu dinaikkan.
Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara menyejuk (colder).
Untuk menurunkan belon, suhu udara di dalam belon perlu diturunkan.

Membina kapal selam
Kapal selam dilengkapi dengan tangki 'ballast' (ballast tank) bertindak untuk mengawal kedudukan kapal selam.
Untuk menyelam, injap di tangki 'ballast' dibuka bagi membolehkan air laut masuk ke dalam tangki tersebut.
Untuk menimbulkan kapal selam ke permukaan laut, udara dari pemampat (compressor) dipam ke dalam tangki 'ballast' bagi mengeluarkan air laut daripada tangki.


Mengangkut kayu balak
Dalam industri pembalakan, sungai merupakan pengangkutan yang penting untuk mengangkut kayu balak kerana kayu mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air.
Oleh itu, kayu balak boleh terapung di dalam sungai dan dibawa oleh arus air sungai ke kilang yang terletak di muara sungai (river mouth).

Kapal dan bot laju
Sebuah kapal yang beratnya beribu-ribu tan boleh terapung kerana ruang udara di dalam kapal itu membolehkan ianya terapung.
Badan bot laju dibuat daripada kaca gentian (fiber glass) yang kukuh yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada keluli (steel).

Hidrometer
Hidrometer (hydrometer) merupakan instrumen yang digunakan untuk menentukan ketumpatan cecair, sebagai contoh, ketumpatan asid dalam bateri kereta.
Jika ketumpatan asid adalah rendah, tiub kaca akan tenggelam dan menunjukkan bacaan yang tinggi pada skala.
Jika ketumpatan asid adalah tinggi, tiub kaca akan terapung dan menunjukkan bacaan yang rendah pada skala.


Pelampung/Boya
Pelampung/boya (buoy) mempunyai silinder yang berisi dengan udara untuk membolehkan ia terapung di atas air.
Lampu (mengeluarkan cahaya) diletakkan pada peranti/peralatan ini, dan ditinggalkan terapung di laut sebagai rujukan kepada pelayar-pelayar (sailors) untuk ke lokasi yang lebih selamat.








Reply

Use magic Report

0

Threads

1

Posts

2

Credits

Org Baru

Rank: 1

Credits
2
Post time 2019-7-30 02:47:18 | Show all posts

Contoh contoh aplikasi yang menggunakan konsep ketumpatan

Yes, you have truly told
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | register

Points Rules

mobine web|Bumi Datar

2019-8-23 10:35 GMT+8 , Processed in 0.031542 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2017 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list